Pages

Saturday, June 25, 2011

hujan

Hujan...sememangnya aku sukakan hujan...dalam beautiful life juga ada post ttg hujan...boleh di rujuk di sini . Dan kali ini aku mencapai coolpix aku dan mengajaknya bermain dengan air...hujan. Sesungguhnya yang indah itu datang dari Allah - seni air - Subhanallah.

Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. [16:10]

Tuesday, June 21, 2011

ini cerita tentang Buah Naga

Buah Naga ini adalah dari pokok yang di tanam di depan rumah aku. tengah syok2 layan tembak gambar air selepas hujan mak aku sua buah neh...katanya "Nah, buah naga...amik gambar" ahaha..so buah naga neh jadi lah model tak berbayar aku sekejap :D. sedikit info tentang buah naga aku sertakan disini...selamat menikmati!!! nyum2.



Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan.

Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.

Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

sumber info: http://ms.wikipedia.org/wiki/Buah_Naga


Friday, June 17, 2011

lebah


Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [16:68-69]

Wednesday, June 8, 2011

ini bicara tentang cinta (2)


cinta itu bnyk cabangnya

cinta buat ayah ibu
cinta buat adik kakak abang
cinta buat sahabat rakan teman
cinta buat pasangan
tetapi pemilik cabang2 cinta itu
hanya satu
Allah Ya Rahim Ya Rahman
jgn pernah mengabaikannya



cinta tidak dicipta dengan sia2

demi cinta
Allah mencipta manusia berpasang2an
dan demi cinta juga
manusia sering melupakan Tuhan
demi cinta

apa yg manusia rasa sebenarnya?